Sunday, 6 November 2016

FELDA UMAS

ASSALAMMUALAIKUM.. SALAM SEJAHTERA EBRIBADEHHHH..!!

Besok, genap laaaaaa 1 bulan 7 hari aku berada d SMK UMAS-UMAS, TAWAU SABAH.!
Kedudukan sekolah nie yang berada di tengah2 Ladang kelapa sawit… memang agak mencabar… sebab sekolah nie dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.. ataupun pedalaman..! Yes.. PEDALAMAN.. FELDA GUGUSAN UMAS, terletak 72KM dari pusat bandar Tawau..624KM dari Kota Kinabalu.. senang jak mau ke sekolah nie…. ikut jak laluan ke Kalabakan…. selepas Merotai Besar.. akan jumpa lah Stesen Minyak Petronas… maka, jika kamu terjumpa stesen minyak nie… teruskan sahaja belok ke kiri.. dan jalan terusssssss…. sejauh 7km dari simpang jalan utama tu kamu perlu drive…




My first impression about this school..??! DAEBAKKKKKK..!!!! TERBAIKKKKK…!! GOOODDDD..!!
Rata2 rumah2 Felda di sini besar2..!!! banglowwwwww bahhhh..! heheheheheh.. dalam felda nie terbahagi kepada 5 bahagian..

I) FELDA UMAS 1
II) FELDA UMAS 2
III) FELDA UMAS 3
IV) FELDA UMAS 4
V) FLDA UMAS 5

Dari Felda Umas 1-3 nie adalah kawasan penempatan…Felda 4-5 penanaman kelapa sawit… dalam Felda Gugusan Umas nie, lengkap seperti mana di bandar…. lebih kurang laaaaa…. ada Klinik, Balai Polis Bantuan, Balai Bomba Bantuan, Tabika, Tadika, Sekolah Rendah dan Menengah, Masjid dan Pekan atau orang d sini panggil Tamu… sebab setiap 26hb setiap bulan, akan ada Tamu di Felda Umas nie.. dari pagi sampai ke malam.. Tamu nie jugaklah satu2nya cara orang Felda Umas untuk membeli keperluan atau gadjet2, bundle a.k.a rombengan.. makanan yang jarang berjual..mereka akan jumpa d tamu nie lah… dan pada hari Tamu nie jugaklah… akan kelihatan pekerja2 Felda keluar dari ladang masing2… al maklumlah.. gajian sudah kannnn..!

Dan 26hb 10 yg lepas.. aku berkesempatan jugak merasai TAMU nie…selain makanan.. aku beli sebiji bantal kecil.. tapi selesaaaa betul.. dari harga RM8.. aku tawar sampailahhh tinggal RM6..! boleh lahh tu.. hehehehehehe.. walaupun pada hari kejadian, heheheheh.. hujan ndak berhenti dari jam 1 petang smpai jam 4….bayangkan.. kawasan tu blumpur..! tetap jugak semangat dorang orang2 Felda nie berbelanja….!

Di Felda nie jugak, ada satu2nya tempat yang selalu di pergi oleh warga felda untuk beriadah.. memancing kaaa… dating2ka.. mahukan ketenangan… di panggil JETI… Aku sdh 3x ke sana… best tempat tu…. mau ke jeti tu, dari SMK Umas2 nie, adalah dalam 15-20 minit.. kalo naik motor..sepanjang perjalanan.. mata kita akan dihidangkan dengan pemandangan ladang kelapa sawit..!! ofkos laaaaaa kelapa sawit..! ndakkan kebun anggur pulakkan??!

Transportation di sini ndak susah… hampir kesemua warga Felda ada motorsikal..! bas..??! adaaaa…. tapi 2x sehari jak perkhidmatannya… pagi kalo ada penumpang mau ke bandar bas gerak dalam jam 9 pagi… lepas tu dari bandar pulak bertolak jam 3 petang… itu jak lahhh… heheheheheh.. kalo ada warga felda yang mahu ke bandar.. alternatif lain… kenalah dorang naik KERONG-KERONG..!

Mula-mula aku datang ke Umas nie, aku hairan.. apa tu kerong2..??? bila aku tanya Mr.Google… yang keluar gambar ikan..??! WTfish..! hahahahaah.. rupanya… Kerong-kerong tu gelaran orang Felda Umas untuk Kereta Sapu, atau pirate… untuk kasi cantik… aku panggil UBER Felda..! buat masa sekarang, sementara aku belum lagi ada kereta.. aku gunakan perkhidmatan kerong-kerong nie.. 2 minggu sekali aku akan call PAK CIK ASRI.. untuk aku ambil aku d Asrama sekolah.. untuk ke Bandar.. ke Taman Wawasan.. rumah pakcik aku.. Ayah Malik. Tambang kerong-kerong nie RM15 sahaja…



Pak Cik Asri



KERONG-KERONG


AKU DAN PK HEM PN KALTHUM RAHMAN.

Pendidk SMKUT dan pelajar

cikgu2..

cikgu cikgi

PENGETUA EN.ZAHARI LORONG

CIKGU MAZZUKI DAN PELAJAR

Berbalik pada kisah SMK UMAS-UMAS…. aku suka di sini.. dari kerani… pengetua PK2.. sampailah guru2 disni.. semuaaaaa baik2.. lucu lagi..! sebab aku orang baru, dorang ndak lokek ilmu dengan aku… aku jatuh cinta dengan sekolah nie.. semoga rezeki aku terus di sini… tak mau pindahhhh..!!! hehehehehehe..

Aku selalu berdoa… biarlah aku kekal di sini walaupun sudah sah jawatan nanti…. kalo sudah kawin pun, aku sudah bincang dengan Encik Tunang.. biarlah kita berjauhan dahulu…. dia pun ok.. teda masalah… sudah deal sama dia.. asal cuti sekolah jak.. bergilir laaaa kami… sekejap di Sabah.. sekejap di Sarawak….

DI BAWAH NIE...  RUPA AIR YANG TERDAPAT DI ASRAMA DAN SEKITAR FELDA UMAS...


Rasanya cukup setakat nie… nanti aku tulis lagi okkkk…. til thennnnn..!! jaga diri baik2 kamu aaaa..!

No comments:

Post a Comment